Perniagaan Internet merupakan satu bentuk perniagaan yang bertapak secara maya tapi mampu menghasilkan keuntungan yang lumayan dengan jutaan ringgit. Dengan hanya memerlukan lingkungan RM20-RM200 sebagai sewa tapak ( Hosting) di internet sudah membolehkan sesiapa sahaja yang berminat menceburkan diri dalam bidang usahawan untuk melangkah ke bidang perniagaan internet.

Di negara-negara Eropah ” Internet Marketing (IM) ” memang terkenal sejak tahun 1970-an lagi malahan masyarakat Eropah telah lama mewujudkan sistem “KEDAI RUNCIT” di internet iaitu dengan hanya memesan barangan runcit yang ingin dibeli melalui internet dan menyatakan alamat penghantaran, antara 1-2 jam kemudian barang tersebut akan sampai ke rumah anda tanpa perlu membazirkan penggunaan petrol dan masa untuk berhadapan dengan risiko kesesakan lalulintas atau kes ragut.

Di negara Malaysia iaitu tanah bumi kita berpijak, arus perkembangan perniagaan internet berada pada peringkat pertengahan dari aspek kepelbagaian fungsi dan kemodenan bentuk perniagaan yang mana kebanyakkan “newbie” hanya berani mengambil risiko penjualan barangan yang berbentuk fizikal atau informasi sahaja kerana ia dirasakan tahan lama dan proses penghantarannya mudah untuk diuruskan. Boleh dianggarkan negara kita agak ketinggalan 30 tahun ke belakang dalam konteks kepelbagaian penggunaan internet dan juga tahap perkembangan perniagaan yang bermediumkan internet. Meskipun begitu, peluang untuk berada setanding dengan kemajuan mereka masih terbuka luas selagi mana kita terus mengejar dan mengejar kerana kadang kala kuda hitam lebih leka dalam larian kerana kepantasannya.

Di sini saya ingin berkongsi dengan sahabat sekalian tentang kisah seorang remaja menjual kerusi secara online dari bilik tidur dan kini syarikat beliau telah bernilai 84 juta Ringgit Malaysia(RM) .

Remaja yang kami maksudkan tadi ialah Sean Belnick. Beliau telah
mula menjual kerusi di Internet ketika berusia 14 tahun dengan
hanya bermodalkan $500 (RM1750). Paling menarik, beliau hanya
menjalankan perniagaan ini dari bilik tidur sahaja!

Kisahnya bermula ketika beliau melawat kedai ayah tirinya yang
menjual perabot. Ketika bersiar-siar melihat gelagat pembeli yang
membanjiri kedai ayah tirinya tersebut, Belnick mendapat satu idea
yang menarik.

Beliau mula berfikir, kenapa tak bina sahaja satu kedai online yang
dapat menjimatkan masa dan tanpa perlu sakit kepala para pelanggan
untuk berurusan dengan salesman semata-mata untuk mendapatkan
sebuah kerusi?

Sejak detik itu, beliau bertekad untuk membina sebuah kedai online
menjual kerusi di Internet dan terhasil lah sebuah kedai online
bernama BizChair.com. Ketika itu beliau telah mengambil gambar
sekitar 50-100 jenis kerusi untuk dimasukkan ke dalam laman web
tersebut dan beliau menggunakan sedikit modal untuk melakukan
pemasaran.

6 tahun berlalu, BizChair.com mempunyai 75 orang pekerja dengan 25
ribu jenis kerusi yang diambil daripada 200 pengilang. Pelaburan
bernilai RM1750 itu kini bertukar menjadi RM84 juta! Google dan
American Idol antara yang menjadi pelanggan syarikat beliau.

Anda sendiri boleh melihat bagaimana idea yang simple begitu boleh
menjadi satu perniagaan yang bernilai jutaan ringgit.

Hebat bukan..!! Jika dipersoalkan tentang bentuk barangan yang sesuai untuk dijual di internet, sebenarnya memang semua barangan mampu dijual di internet termasuk makanan seperti kuih karipap atau donat sekalipun cuma yang penting anda perlu memastikan bentuk strategi perniagaan, cara komersial, cara pembungkusan dan cara untuk mempersembahkan setiap jualan anda di internet. Kuncinya selagi mana anda fikirkan anda boleh melakukannya maka anda sudah pasti mampu melakukannya. Nothing is IMPOSSIBLE in bussiness !!

Share/Save/Bookmark