Salam Perkhabaran Dan Salam Sejahtera kepada semua..
Saya kini sedang mencari 3 Orang ahli penulis EBook untuk saya merealisasikan program EBook yang mana akan saya komersilkan produk EBook anda.
Syarat Kelayakan:
Seorang yang mempunyai hobi minat membaca dan mengarang.
Tidak lokek dalam berkongsi ilmu dan pengalaman.
Suka mengumpul maklumat @ info-info berkaitan.
Umur linkungan 18-40 tahun.
( Terutama pelajar/mahasiswa yang ingin menjana pendapatan sampingan )
Objektif Program EBook:
Menerap minat kepada masyrakat untuk mengamalkan budaya membaca.
Mendedahkan kepada ahli kaedah mengumpul maklumat yang berkesan dan berkualiti.
Untuk FASA PERTAMA ini saya hanya memerlukan 3 orang ahli sahaja sebelum saya meneruskan fasa seterusnya.
Anda tidak tahu membuat EBook?
Anda tidak pandai menggunakan gaya bahasa dalam mengarang/menulis?
Anda tidak tahu tajuk apa yang ingin dikarang untuk penghasilan EBook?
JANGAN RISAU..kerana saya tidak memerlukan kebolehan-kebolehan ini untuk FASA PERTAMA
Saya hanya memerlukan orang yang tahu mendapatkan sumber maklumat sama ada melalui idea sendiri dan pengolahan beberapa buah sumber rujukan bertulis mahupun internet… Itu sahaja.
Sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini sila hubungi saya menerusi :
EMail:shakhanf@yahoo.com (Insya-Allah..saya akan memberi respon terhadap email anda secepat yang mungkin)
Polisi Program:
Muka depan dan latar belakang EBook akan direkabentuk secara visual oleh kami.
Struktur ayat mahupun gaya bahasa akan digubah oleh kami.
Kaedah dan bentuk promosi EBook anda akan diuruskan oleh kami.
Tugas anda hanya mengumpul maklumat melalui beberapa sumber yang disahkan dan dipercayai.
30% Dari hasil jualan EBook yang anda terbitkan nanti akan diberikan adalah hak anda.
Harga EBook adalah bergantung kepada jumlah bilangan muka surat ( Font 12-18 ONLY ), kualiti kandungan dan corak struktur maklumat yang dipamerkan.
EBook merupakan buku yang menggunakan medium bacaan berformat eletronik, bagi para pengguna computer tentu saja istilah ini sudah tidak asing. Trend istilah-istilah yang mempunyai sebutan ‘e’ seperti e-commerce, e-business, e-gov, e-learning, e-procurement, dan ‘e-e’ yang lain dimulai beberapa tahun yang lalu iaitu sebermulanya alaf ke-21. Termasuk dengan munculnya elektronik book yang disingkat dengan istilah EBook. Dalam bahasa kita disebut juga dengan buku elektronik yang merupakan bahagian dari dokumen digital.
Tahukah sahabat bahawa EBook amat popular di Amerika Syarikat, Sweeden, Australia, Canada, German, Italy dan Jepun bermula tahun 1990-an lagi. Mereka memang selalu bergerak lebih cepat dari kita..Tapi jangan risau, kadang-kadang kereta yang mahal dan mewah pun ada yang rosak walaupun baru seminggu digunakan.
Dan kadang-kadang kuda yang sedang laju berlari akan terpelecok sebab kepenatan dalam larian.
Jadi jangan mengalah, jom kita sama-sama terus mengejar diorang dengan semangat dan kesungguhan.
Penggunaan EBook oleh masyarakat barat terutamanya adalah amat popular kerana bagi mereka EBook lebih senang untuk dibawa dan dibaca atau diakses di mana-mana. Malah EBook adalah lebih mudah untuk dibeli tanpa perlu menghabiskan minyak petrol dan menghadapi kesesakan lalulintas.
Walaupun dengan kesibukan bekerja pada tahap dunia pertama, mereka masih tetap mempunyai hobi membaca kerana jelasnya membaca buku ilmiah yang berbentuk santai boleh mengurangkan tekanan kerja secara psikologinya.
Jika sahabat mempunyai hobi membaca buku berbentuk fizikal, adalah tidak salah untuk mengembangkan lagi hobi membaca buku sahabat sekalian dengan menggunakan medium berbentuk fizikal dan elektronik dalam pembacaan. Malah ia lebih memudahkan sesiapa sahaja yang berminat untuk mendapatkan bahan bacaan tanpa berganjak dari meja kerja mahupun dari rumah yang penting asalkan sahabat mampu mengakses internet. EBook mempunyai banyak kelebihannya tapi ada juga kekurangannya.
Kualiti EBook adalah setanding dengan buku berbentuk fizikal tapi tidak dinafikan ada juga EBook yang kurang kualtiti dan sebenarnya hal sebegini juga wujud pada buku yang berbentuk fizikal. Jadi ia adalah sama dari segi penampilan dalamannya dimana puncanya adalah berkait rapat dengan carapengolahan ayat dan info yang diterapkan pada sesuatu bahan bacaan tersebut.
Apa yang penting, sahabat kena bijak dalam memilih dan menilai tahap kualiti sesuatu bahan bacaan amnya EBook khususnya berdasarkan abstraknya mahupun gaya kandungan persembahan pada ’sales letter’ sesuatu produk EBook tersebut. Jika buku boleh dipegang disamping membelek secara sepintas lalu untuk mengetahui tahap kualtitinya, EBook pula hanya perlu ’scroll’ tetikus untuk mengetahui kualiti kandungannya. Mudah bukan?
Ya jika sahabat merasakan EBook tak boleh dibelek-belek macam buku tapi tidak memberatkan. Ya jika sahabat merasakan EBook memerlukan laptop, komputer ataupun PDA untuk membolehkan sahabat membaca EBook tapi ia mudah disimpan malah sahabat boleh bawa 1000 judul EBook dalam ‘Pendrive’ ketika ke pejabat mahupun belajar sebagai bahan bacaan mengisi masa rehat dan masa terluang.
EBook boleh disimpan dalam seberapa banyak salinan mengikut kemahuan pemilik. Hatta, risiko menghadapi kehilangan EBook adalah terlalu rendah malahan sahabat boleh gunakan email sebagai medium simpanan ‘back up’ untuk EBook yang sahabat beli. Buku berbentuk fizikal memerlukan tempat simpanan yang selamat agar tidak hilang mahupun rosak. Begitu juga EBook, ia memerlukan ruangan yang selamat untuk disimpan agar tidak tercemar dengan virus komputer.
Jika sahabat memiliki EBook, sahabat akan memiliki peluang untuk menjadikan EBook tersebut sebagai bahan jualan melalui pemilikan lesen RR, MRR atau PLR pada EBook tersebut tapi jika buku fizikal ianya hanya mampu menjadi hak kekal simpanan peribadi sahaja.
Sebenarnya perbezaan EBook dengan buku sejelasnya hanya dari segi medium kewujudannya iaitu EBook bermediumkan elektronik sebaliknya buku adalah berbentuk fizikal. Dari segi isi kandungan dan pengolahan adalah sama kualitinya.